search
Log In
5 votes
52 views

Bagi projek reka & bina, bolehkah Performance Bond ditukar kepada Design Guarantee Bond. Berapakah nilai amaun untuk design guarantee bond?

in Cost Management 15,670 points 20 42 116
edited by

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Bagi projek reka dan bina, Kontraktor perlu mengemukakan Design Guarantee Bond (DGB) pada atau sebelum pengeluaran CPC. Amaunnya adalah 5% daripada nilai kerja dan secara lazim nilai itu adalah nilai kontrak. Namun tidak ada penetapan khusus yang menerangkan berapa nilai kerja tersebut sama ada ianya adalah nilai kontrak asal atau nilai kontrak sebenar. Ini semua terserah kepada budibicara PD untuk membuat keputusan. Berkenaan Performance Bond (PB) ditukar kepada Design Guarantee Bond, ini telah dinyatakan dalam surat KPKR Bil.15/2020 dimana sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan DGB maka PD hendaklah menuntut nilai DGB daripada PB mengikut syarat-syarat kontrak. Dalam erti kata lain, PD hendaklah menuntut nilai DGB daripada Bank/Syarikat Insurans/Syarikat Kewangan yang mengeluarkan dokumen PB tersebut. Harap penjelasan ini dapat membantu puan.

2,880 points 6 12 29
selected by
1
Bagaimana pula jika DGB untuk kontrak konvensional dalaman yang melibatkan rekabentuk alternatif? Bolehkah WJP ditahan menggantikan DGB jika kontraktor masih belum mengemukakan DGB?
0
Terima kasih di atas jawapan tuan. Semoga kita semua mendapat munafaatnya.
...