Apabila disentuh berkenaan Audit, isu Keselamatan & Kesihatan Pekerja serta isu tapak bina dan premis Jabatan, maka dapat diringkaskan bahawa ianya melibatkan 2 jenis pengauditan yang sentiasa dipantau oleh JKR Malaysia iaitu Audit Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) di bawah ISO45001 yang mana fokus utamanya adalah tapak bina dan juga Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Premis Jabatan yang tertakluk kepada Akta OSHA.
Audit SPKKP ini akan menilai sejauh mana sesuatau tapak bina tersebut yang mematuhi prosedur-prosedur yang telah dibangunkan berdasarkan keperluan ISO45001. Bagi memudah cara penilaian pematuhan tersebut, JKR Malaysia telah membangunkan satu sistem penilaian pemarkahan pematuhan oleh tapak bina yang dikenali sebagai Scoring System for Project Occupational Safety and Health (atau lebih dikenali sebagai SPOSH). Hasil penemuan audit tersebut, akan dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia berkenaan peratusan pemarkahan yang diperolehi berserta dengan NCR dan juga OFI bagi setiap projek yang dinilai atau di audit. Secara tidak langsung ianya turut memberi kesan terhadap mutu penyeliaan atau pemantauan projek oleh SO dan juga Wakil SO.
Audit Premis Jabatan pula akan menilai tahap pematuhan terhadap Akta OSHA dan juga Akta Kilang & Jentera di premis Jabatan samada diperingkat Ibupejabat, Negeri / Wilayah, Daerah, Cawangan Mekanikal, Cawangan Elektrikal, Stor Negeri, Depo dan sebagainya. Bagi penilaian pematuhan ini, ianya telah berdasarkan satu sistem penilaian yang telah dibangunkan oleh pihak Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang mana ianya dikenali sebagai OSHWA (Occupational Safety & Health Workplace Assessment). Setiap premis Jabatan telah dibekalkan dokumentasi Arahan Kerja Selamat, Manual Kerja Selamat, HIRADC Jabatan dan sebagainya. Hasil penilaian OSHWA ini akan dibentangkan dalam bentuk peratusan pemarkahan dan gred semasa Mesyuarat Pengarah-Pengarah. Jika terdapat pelaporan yang menunjukkan pematuhan dibawah gred yang dibenarkan, Pengarah berkenaan perlu memberi penjelasan lanjut dan akur janji supaya ianya dapat dipertingkatkan lagi isu pematuhan terhadap perundangan tersebut.
Justeru itu, dengan adanya pengauditan dan pematuhan terhadap elemen Keselamat & Kesihatan Pekerjaan tersebut diperingkat Pengurusan Atasan, ianya sekaligus ianya memberi sokongan moral kepada pegawai-pegawai JKR yang lain supaya lebih mementingkan segala aspek samada Kualiti, Alam Sekitar dan juga Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.