search
Log In
11 votes
56 views
JKR telah berusaha memperkasakan Pre Approved Plan untuk memudahkan dan mengurangkan bebanan dalam melaksanakan projek-projek yang dipertanggungjawabkan. Rekabentuk PAP ini adalah Hak Cipta Terpelihara JKR atau harta intelek JKR.

Rekabentuk ini telah dipersetujui oleh Pelanggan-pelanggan JKR hasil dari perbincangan, pengalaman dan kerjasama dengan JKR. Sekiranya pihak pelanggan memilih untuk menggunakan Lukisan PAP tetapi dengan dilaksanakan oleh Pihak Perunding. Adakah ianya dibenarkan oleh JKR?
in Architecture 220 points 1 1 4
edited by

1 Answer

0 votes
Untuk makluman satu kertas kerja telah dibentangkan kepada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) membincangkan kaedah Yuran dan Skop Perunding yang menggunakan Reka Bentuk PAP JKR terutama untuk perunding yang melaksanakan projek di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan dengan itu pihak JKR tiada halangan reka bentuk PAP digunakan oleh perunding tetapi terma berkaitan yuran dan skop perlu dipatuhi.
ago 35,060 points 16 58 148
...