search
Log In
3 votes
85 views
Berapakah anggaran nilai beban superstruktur dalam unit per meter square per floor bagi sesebuah bangunan untuk dirujuk sebagai rule of thumb? Adakah nilai 20kN/m2/floor munasabah?
in Structure 850 points 1 3 11

3 Answers

3 votes
 
Best answer
Contoh perkiraan anggaran nilai beban per meter square per floor bagi office :

Dead Load

(i) Selfweight of slab (150mm thick) = 25kN/m3 x 0.150 m  = 3.75kN/m2

(ii) Screeding (20mm thick) = 24kN/m3 x 0.02                     = 0.48kN/m2
(iii) Finishes (tiles 12mm thick) = 24kN/m2 x 0.012 m          = 0.288kN/m2

(iii) Brickwall (115mm thick) = 19kN/m3 x 0.10m                 = 2.19kN/m2

(iv) Plaster ( 20mm both side) = 24kN/m3 x 0.02 x 2           = 0.96kN/m2
(v) Beam (let say 250mm x 600mm within an area of 3.0x 6.0m with length of beam 9.0m)

     = (25kN/m3 x 0.25m x 0.60m x 9.0m) / (3.0m x6.0m)     = 1.88kN/m2

(vi) M&E services                                                                 = 0.50kN/m2

(vii) Ceiling                                                                           = 0.25kN/m2

Imposed Load

Floor for office                                                                     = 3.0kN/m2

Total load per floor                                                              = 13.30kN/m2 (office)
500 points 1 1 6
selected by
0
Terima kasih banyak puan. Padat, ringkas dan menjawab persoalan yang diajukan. Inilah jawapan yang saya cari selama ini :-)
5 votes
Nilai beban itu merujuk kepada DL atau LL?

Nilai beban untuk DL dan LL adalah bergantung kepada fungsi bangunan dan lokasi bangunan itu berada kemungkinan terdedah kepada kawasan seismic atau lateral force yang lain seperti wind load. Kebiasanya lateral force seperti wind load menjadi loadcase common untuk dimasukkan dalam sesuatu analisis struktur.

Bagi LL pula juga bergantung kepada fungsi bilik atau ruang didalam bangunan tersebut sebagai contoh ruang tersebut digunakan untuk hall. Sila rujuk didalam BS EN1991 yang mana hall didalam kategori C dan dalam kategori C pula dibahagi kepada C1 hingga C5 yang mana nilai variable load berbeza. C1 - 2.0 hingga 3.0kN/m2, C2 - 3.0 hingga 4.0kN/m2, C3 - 3.0 hingga 5.0kN/m2, C4 - 4.5 hingga 5.0kN/m2 dan C5 - 5.0 hingga 7.5kN/m2.

Bagi DL pula bergantung kepada ketumpatan material yang berada dalam bangunan tersebut untuk setiap lantai atau ruang. selain berat sendiri komponen struktur terdapat juga berat yang perlu diambil kira seperti berat finishes, berat untuk services (M&E), berat trusses, berat cladding atau berat sesuatu peralatan yang khas yang mungkin tiada dalam BS EN 1991.

Saya cadangkan saudara untuk membuat calculation untuk load transfer calculation dari bumbung ke lantai paling bawah berdasarkan luas kawasan pada tiang yang paling kritikal (kemungkinan menanggung beban paling besar contohnya kawasan yang ada tangki air). Cuba tgk grid to grid vertical dan horizontal dan bahagi dua untuk grid tersebut untuk mendapat luas kawasan yang akan diambil kira bagi pembebanan yang ditanggung oleh tiang tersebut.

Selepas itu asingkan pengiraan untuk DL dan LL dan campur semula untuk floor tersebut (1.0DL + 1.0LL) dan akhirnya tambah (1.0DL + 1.0LL) dari roof hingga lantai paling bawah. oleh itu akan dapat nilai yang ditanggung untuk tiang tersebut dan dalam masa sama saudara akan dapat berapa nilai yang ditanggung untuk floor tersebut dalam sama ada dalam unit kN atau kN/m2..

Sekian.
1,660 points 2 10 25
1

Terima kasih banyak tuan atas jawapan yang sangat terperinci. Saya ambil maklum berhubung konsep pengiraan dan agihan beban yang dijelaskan tersebut. 

Saya pernah merujuk Handbook of Geotechnical Investigation and Design Table by Burt Look 2007, Table 24.2: Surchage loads (AS 4678, 2002) dimana ada dinyatakan equivalent uniformly distributed pressure bagi loading source berupa buildings adalah 10 kPa per storey. 

Ini bermaksud sekiranya analisis geoteknikal (i.e; deformation, slope stability) dilaksanakan melibatkan lokasi bangunan dengan ketinggian 5 tingkat, maka magnitud surcharge yang mewakili bangunan tersebut adalah 50 kPa (10 kPa per storey x 5 storey). 

Cuma setakat ini sumber rujukan saya hanya berdasarkan buku tersebut sahaja. Mungkin ada rujukan-rujukan lain yang memperuntukkan nilai-nilai stress per storey tersendiri berdasarkan kes-kes tertentu yang lebih meluas. Terima kasih. 

2 votes


boleh rujuk youtube ini untuk rujukan...
1,660 points 2 10 25
...