search
Log In
3 votes
50 views
Bagi projek yang bernilai RM 20 juta ke atas perlu kepada SHO dan SSS. SHO adalah sepenuh masa di tapak bina manakala SSS adalah diperlukan minimum 15 jam seminggu. Apakah tugas sebenar yang membezakan SHO dan SSS?
in Human Resource Management 180 points 4

2 Answers

4 votes
 
Best answer

Saya akan menjawab soalan ini berdasarkan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP), 1994, Akta Kilang dan Jentera (AKJ), 1967 dan pengalaman saya berkhidmat di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera (J41). Merujuk kepada Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) di dalam AKKP, 1994 menyatakan mana - mana pengendalian bangunan dan kerja pembinaan kejuruteraan yang jumlah harga kontrak melebihi RM 20 juta, majikan perlu menggajikan seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) secara sepenuh masa (full time). Manakala bagi sebarang kerja - kerja kendalian bangunan dan binaan kejuruteraan (tidak bergantung kepada kos), Kontraktor Utama hendaklah melantik Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) secara separuh masa (minimum 15jam seminggu) merujuk kepada Peraturan 26 BOWEC. Perlu diketahui, tugas dan peranan antara SHO dan SSS adalah SAMA iaitu melaksanakan pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat secara amnya di tapak bina. Namun begitu, jika tapak bina tersebut mempunyai 2 orang kompeten (SHO dan SSS) maka SSS adalah bertindak sebagai pembantu kepada SHO.

7,430 points 4 20 58
selected by
2 votes
SHO bertanggungjawab sepenuhnya terhadap safety di tapak bagi projek above 20juta. Qualifications mereka berbeza. Untuk SSS pula ia untuk projek di bawah 20juta dan tugasnya mengurus keperluan SPKKP di tapak atau membantu SHO untuk projek atas 20juta.
3,930 points 3 22 54
edited by
...