search
Log In
3 votes
46 views
Adakah Lukisan Siap Bina bagi Projek yang menggunakan PAP perlu ditandatangani oleh Jurutera Profesional pihak kontraktor...?

Terima Kasih.
in Project Management 420 points 1 4 11

1 Answer

3 votes

Sekadar berkongsikan pandangan....

Secara lazimnya memang semua projek perlu ada proses serahan Lukisan Siap Bina dengan berlandaskan kepada Arahan Perkeliling KPKR 8/2009. Dalam perkeliling tersebut dengan jelasnya telah menyatakan keperluan serahan Lukisan Siap Bina untuk rujukan kemudiaan hari bagi memudahkan proses penyenggaraan aset tak alih. Maka adalah merupakan tanggungjawab PP atau wakil PP untuk memperolehi Lukisan Siap Bina yang telah disahkan oleh Jurutera Professional bagi pihak kontraktor untuk dijadikan bahan buktian dan rujukan bahawa senya kerja pembinaan telah siap dibina dan telah didokumensikan.

Balik pada persoalan penggunaan PAP untuk dijadikan sebagai Lukisan Siap Bina itu adalah jatuh pada tanggungjawab PP atau wakil PP untuk memastikan bahawa tiada sebarang perubahan dalam penggunaan PAP telah berlaku sepanjang pembinaaan. Dengan berpandukan kepada kehendak kontrak ia memang menjadi tanggungjawab untuk meluluskan segala perubahan rekabentuk, maka pada masa itu PAP tidak boleh dijadikan sebagai Lukisan Siap Bina. Pihak kontraktor perlu menyediakan Lukisan Siap Bina baru ikut segala perubahan yang telah diluluskan. Segala serahan Lukisan Siap Bina oleh pihak kontraktor wajib ditandatangani oleh Jurutera Professional untuk dijadikan simpanan ikut Arahan Perkeliling KPKR 8/2009.

48,820 points 106 195 351
...