search
Log In
3 votes
40 views
Adakah Pegawai Keselamatan diperlukan untuk kerja sebutharga? Tetapi untuk projek sebutharga, tiada item provisional untuk pegawai keselamatan. Perlukah untuk memasukkan 1 item untuk perlantikan pegawi yang menyelia keselamatan untuk sebutharga? Jika ada klausa-klausa atau arahan atau punca kuasa yang terlibat, bilangan pekerja yang ada yang patut lantik SSS?
in Human Resource Management 260 points 1 1 3

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Terdapat sedikit kekeliruan berhubung terminologi 'Pegawai Keselamatan' yang dinyatakan. Adakah Pegawai Keselamatan ini bermaksud 'Security Officer' atau 'Safety and Health Officer (SHO)'? Perlu diketahui, terdapat perbezaan peranan dan tanggungjawab yang berbeza di antara Security Officer dan SHO dimana Security Officer adalah Pegawai Keselamatan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan harta benda manakala tugas SHO adalah sebagai orang yang kompeten di dalam pengawasan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Merujuk kepada Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) di dalam AKKP, 1994 menyatakan mana - mana pengendalian bangunan dan kerja pembinaan kejuruteraan yang jumlah harga kontrak melebihi RM 20 juta, majikan perlu menggajikan seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) secara sepenuh masa (full time). Manakala bagi sebarang kerja - kerja kendalian bangunan dan binaan kejuruteraan (tidak bergantung kepada kos), Kontraktor Utama hendaklah melantik Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) secara separuh masa (minimum 15jam seminggu) merujuk kepada Peraturan 26 BOWEC. Pelantikan bagi kedua - dua Orang Yang Kompeten ini (SHO atau SSS) adalah TIDAK BERGANTUNG kepada bilangan pekerja Kontraktor Utama. Perlu diketahui, tugas dan peranan antara SHO dan SSS adalah SAMA iaitu melaksanakan pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat secara amnya di tapak bina. Namun begitu, jika tapak bina tersebut mempunyai 2 orang kompeten (SHO dan SSS) maka SSS adalah bertindak sebagai pembantu kepada SHO.

3,160 points 3 12 31
edited by
...