search
Log In
2 votes
33 views
Adakah kelulusan UR 20A diperlukan sebelum projek ditender? Sekiranya tanpa kelulusan KM dan projek ditender, apakah implikasinya?
in Contract Management 17,260 points 20 43 124

1 Answer

3 votes

Untuk makluman pihak puan, berikut adalah pandangan dari pegawai yang bertugas di Unit Pembangunan Tepi Jalan (Negeri / Daerah).

1. Bagi tujuan mempercepatkan proses rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta 172, pihak HOPT projek perlu merujuk dengan pihak PLAN Malaysia di peringkat negeri sebagai urus setia mesyuarat. Permohonan akan diproses di dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. Di samping itu adalah disyorkan terdapat rundingan teknikal dengan semua agensi teknikal Negeri sebelum mengemukakan permohonan kepada pihak PLAN Malaysia Negeri (JPBD) dan mematuhi keperluan teknikal yang diminta.

2. Kelulusan Bersyarat seeloknya diperolehi sebelum projek ditender. Keperluan teknikal jalan akses ke tapak pemajuan berbeza mengikut kategori jalan, level of service (L.O.S) dan juga polisi kerajaan negeri. 

3. Implikasi sekiranya projek tidak mendapat KM adalah:

  1.  menyalahi undang - undang dibawah Seksyen 19 (1) Akta 172. 

Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya dibawah Sekysen 22 atau dilanjutkan dibawah subseksyen 24(3)

  1. Projek tidak dapat diluluskan oleh OSC kerana tidak memenuhi syarat keperluan agensi teknikal di peringkat negeri. 
  2. Terdapat pertambahan ke atas kos kontrak (V.O) bagi mematuhi keperluan teknikal  di dalam KM
  3. Memberikan imej yang buruk kepada pihak pemaju swasta dimana projek dibawah pelaksanaan JKR gagal/tidak mematuhi syarat teknikal serta keselamatan. Antaranya keperluan membina AC/DC yang mencukupi atau jalan khidmat tidak dapat dipenuhi oleh HOPT projek disebabkan kekangan peruntukan atau keluasan tapak.
12,190 points 10 35 83
1
Terima kasih di atas penerangan dan jawapan pihak Puan. Sebelum UR20A, telah di adakan pra consult bersama Plan Malaysia dan sekiranya lukisan sivil atau Arkitek terdapat komen dari PBT, maka perlu dibuat tindakan pembetulan.  Maka, semasa mesyuarat UR20A adakah mudah diluluskan?  Adakah tempoh 14 hari boleh dipendikkan setelah dokumen lengkap diperolehi?
1
Puan,

Maksud mudah diluluskan, saya kurang pasti. Cuma sekiranya keperluan teknikal telah dipenuhi dan telah diterima oleh semua Agensi Teknikal Luaran (ATL), tiada halang pemajuan tersebut diluluskan semasa peringkat rundingan tersebut. Tempoh 14 hari adalah tempoh piagam bagi setiap urus setia yang terlibat didalam proses pemajuan, namun begitu ada juga pemajuan yang diluluskan dalam tempoh pendek.
...