search
Log In
3 votes
43 views
Sebagai contoh, kerosakan panel board sistem penghawa dingin akibat serangga atau tangki air yang pecah ditimpa pokok tumbang. Kerosakan-kerosakan seperti ini melibatkan kos yang tinggi dan bukan berpunca daripada kesilapan pemasangan pihak kontraktor.
in Mechanical 420 points 3 4 10

1 Answer

2 votes

Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas segala kerja yang dilaksanakan di tapak termasuk di dalam tempoh kontrak berlangsung dan juga dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP). Walaubagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada 'kecacatan, pengecutan dan kerosakan lain yang mungkin kelihatan pada kerja dalam kedua-dua tempoh di atas yang disebabkan oleh bahan atau mutu kerja yang tidak menepati kontrak dan hendaklah diperbaiki oleh Kontraktor atas perbelanjaannya sendiri' selaras dengan klausa 48 Syarat-syarat Kontrak JKR203A/JKR203.

Dalam 2 contoh situasi di atas, bagi kerosakan panel board disebabkan serangga dan ianya dapat dibuktikan dengan jelas maka pihak pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki kerosakan tersebut.  Manakala sekiranya tangki air yang pecah disebabkan oleh pokok tumbang, dan kejadian tersebut berlaku dalam tempoh pembinaan maka tuntutan insuran boleh dibuat oleh Kontraktor atas kerugian tersebut. Sekiranya ianya di dalam tempoh tanggungan kecacatan terma-terma tanggungan hendaklah disemak samada di bawah perlindungan insuran atau tidak. Sekiranya tidak maka pihak pelanggan adalah bertanggungjawab ke atas kerosakan tersebut.

620 points 1 2 6
...