Sekadar memberi pandangan....
Secara lazimnya jenama bagi apa-apa produk yang ada dalam pasaran cuma satu rujukan atau tanda barangan buatan oleh sesebuah syarikat terhadap sesuatu produk demi tingkatkan status jualan mereka.
Hakikat sekarang adalah semua produk yang ada dalam kontrak perlu ada perkara-perkara berikut untuk dijadikan rujukan dan ikatan penggunaan:-
- Jenis produk dan lokasi kegunaan.
- Spesifikasi terperinci.
- Lukisan pemasangan.
- Segala ujian jaminan kualiti yang perlu dilaksanakan.
- Bentuk dan saiz ikut keperluan di tapak.
- Jenis warranty dan tempuhnya.
- Kadar harga yang telah dipersetujui diperingkat kontrak demi memudahkan penyelarasan.
- Method Statement pemasangan.
Andai kesemua perkara tersebut diatas adalah jelas dan nyata maka segala perubahan penggunaan jenama lain tidak timbul dengan syarat telah dipersetujui melalui mesyuarat tapak dan diputuskan oleh S.O. Segala perubahan kadar harga diperlukan membuat penyelasaran dan kebiasaannya jenama baru yang disyorkan mesti lebih murah dan sama kadar harganya.