Peratusan wajaran bagi setiap skop kerja mengikut disiplin pada kebiasaannya ditentukan mengikut peratusan kos perbelanjaan di dalam PDA yang ditentukan oleh pihak QS CKUB mengikut Anggaran Kos Awalan yang dikemukakan oleh HODT masing - masing. Walau bagaimanapun, peratusan wajaran penilaian teknikal ini boleh berubah berdasarkan pertimbangan HODT masing - masing tetapi tidak jauh berbeza dengan peratusan kos di dalam PDA.
Sebagai contoh skop kerja luar bangunan (HODT Sivil) :-
Anggaran Kos dalam PDA : 6% dari kos bangunan
Peratusan wajaran penilaian teknikal : 5%
Peratusan wajaran penilaian teknikal (BIM) : 1%
Jumlah peratusan wajaran : 6%