search
Log In
5 votes
85 views
Kita tahu bahawa peranan JKR adalah sangat luas. Kita mungkin berada di pejabat HOPT, HODT, Pegawai Penguasa di tapak, Pengurus Program, PTF, PTO, PTI, Korporat, Pentadbiran, Kualiti atau PMO. Cabaran dalam melaksanakan tugasan secara BDR adalah berbeza-beza.

Perkongsian pendekatan anda mungkin akan membantu rakan sekerja yang lain mendapat inspirasi untuk kekal melaksanakan tugas dan mengurangkan tekanan kerja tambahan disebabkan oleh situasi semasa. Apa pandangan anda?
in Human Resource Management 3,970 points 4 14 42

2 Answers

4 votes
 
Best answer

Seperti kita sedia maklum Arahan Bekerja Dari Rumah telah diputuskan oleh Kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan COVID19 di Malaysia. Namun begitu, tidak semua skop kerja boleh dilaksanakan atau disesuaikan dengan Bekerja Dari Rumah (BDR) ini sebagai contoh bagi pegawai yang terlibat dengan kerja - kerja kewangan yang memerlukan akses ke sistem pengurusan kewangan kerajaan di mana mereka perlu berada di pejabat. Tetapi masih ada juga kerja yang boleh dilaksanakan di rumah. Disini, saya akan berkongsi apa yang telah saya lakukan sebagai Jurutera Perekabentuk (HODT Sivil) dalam melaksanakan tugas secara BDR. Sejak PKP pertama diperkenalkan pada 18 Mac 2020, saya telah membawa pulang komputer pejabat ke rumah untuk tujuan melaksanakan kerja - kerja rekabentuk skop sivil (kerja tanah, kawalan hakisan kelodak, sistem saliran, sistem pembetungan, jalan dalaman dan retikulasi air luaran) dan penyediaan lukisan tender. Kerja - kerja rekabentuk ini saya laksanakan secara manual iaitu menggunakan spreadsheet dan calculator. Mungkin ramai jurutera perekabentuk bergantung penuh pada design software untuk melaksanakan rekabentuk yang memerlukan mereka hadir ke pejabat kerana software license menggunakan rangkaian intranet pejabat. Tapi dalam keadaan mendesak ini, kita perlu mempunyai kaedah alternatif dan kemahiran tersendiri untuk menyelesaikan tugasan rekabentuk dan mengeluarkan output lukisan tender. Alhamdulillah dalam tempoh PKP, dua (2) Projek untuk semua skop rekabentuk dan lukisan kerja sivil dapat saya siapkan. Bila sudah dibenarkan rentas daerah, saya hanya hadir ke pejabat untuk plot lukisan saja.

7,770 points 4 20 63
edited by
1 vote
maaf ..tak berapa faham apa maksud................mengurangkan tekanan kerja tambahan ...........
4,490 points 3 16 57
1
saya pon kurang faham penerangannya, walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat harus berfikiran positif, tujuan mengadakan BDR ni adalah untuk mengurangkan penularan covid19.maka,tidak haruslah menjadi halangan atau pertambahan tekanan dengan BDR kecuali tuan ada kaedah bekerja yang lebih baik dan efektif daripada BDR?Sila boleh usulkan.Berbanding tanpa BDR, bertambah risiko terkena Covid19,lagi tertekan waktu itu.Sekian pandangan saya.terima kasih.stay home stay safe.
3
Terima kasih diatas maklumbalas tuan. Soalan ini adalah lebih kepada perkongsian pendekatan untuk bekerja dari rumah dengan lebih efektif selaras dengan peranan kita yang begitu luas dalam JKR.
Misalannya, untuk PMO mungkin tidak mempunyai isu kerana data dan sistem yang digunakan boleh dicapai melalui internet. Cloud, SKALA dan email sahaja.

Manakala untuk HODT, mereka mungkin mempunyai cabaran yang lebih. Aplikasi rekabentuk yang digunakan hanya terdapat pada komputer di pejabat ataupun lukisan besar tidak boleh dibawa ke rumah. Mungkin pendekatan mereka adalah membawa komputer dari pejabat.
Perkongsian seperti ini daripada individu dengab peranan spesifik  di JKR boleh dijadikan inspirasi untuk yang lain supaya dapat melaksanakan kerja walaupun secara BDR.

Cetusan minda ikhlas daripada saya.
...