search
Log In
3 votes
16 views

Sering Life Cycle Cost (LCC) dalam sesuatu projek sukar ditentukan kerana tidak ada garis panduan yang terkini untuk dirujuk, khususnya peralatan yang berkatan dengan ICT yang kian berubah dan maju.

Adakah JKR mempunyai data base atau kajian terhadap setiap jangka hayat item untuk pengantian dalam sesuatu projek bangunan. Ianya sangat membantu semasa penyediaan kontrak FM dan review kontrak konsesi jangka panjang seperti PFI/PPP?

Setahu saya, penyediaan kontrak FM bagi penggantian peralatan hanyalah berdasarkan recommendation manufacturer atau pengalaman seseorang pegawai terhadap projek tertentu. Kekadang jangka hayat peralatan tersebut adalah tidak ada keperluan pun untuk ditukarganti, secara tidak langsung, telah menjadi pembaziran kepada perbelanjaan kos projek tersebut, sebaliknya, bagaimana pula menentukan jangka hayat pertukaran bagi projek berkonsesi panjang seperti PFI/PPP?

in Contract Administration 8,200 points 40 49 72

1 Answer

1 vote

Kos Kitaran Hayat (Life Cycle Cost – LCC) ialah jumlah kos yang dianggarkan bagi sesuatu aset pada keseluruhan fasa kitaran hayatnya merangkumi kos pemerolehan dan kos pemilikan.

Pendekatan LCC adalah bertujuan untuk menganggarkan kos keseluruhan setiap alternatif aset atau projek dan memilih alternatif yang dapat memberikan kos kitaran hayat terendah serta konsisten dengan kualiti dan fungsinya.

Surat Arahan KPKR Bil. 23/2012 Garis Panduan Kos Kitaran Hayat – Life Cycle Cost (LCC) telah dikeluarkan pada 7 November 2012 yang menjelaskan kaedah pelaksanaan penggunaan LCC dalam pengiraan kos aset bangunan dan infrastruktur bagi projek-projek baharu dan aset sedia ada yang diuruskan oleh Kerajaan.

Surat Arahan KPKR Bil. 1/2013 Piawaian JKR Bagi Jangka Hayat Aset Infrastruktur dan Aset Kejuruteraan telah dikeluarkan pada 10 Januari 2013 yang mengesyorkan jangka hayat reka bentuk (design life), hayat berguna (useful life) dan hayat keseluruhan (whole life). Piawaian ini merangkumi aset tak alih (bangunan, infrastruktur, komponen mekanikal dan elektrik/ elektronik) dan aset alih (kenderaan, loji, peralatan mekanikal & logam, peralatan elektrik/ elektronik, perabot dan seni bina).

Kedua-dua dokumen yang disebut sedang disemak untuk penambahbaikan oleh Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB).

Walau bagaimanapun, BPPA/ CPAB tidak menjalankan sebarang kajian penentuan jangka hayat aset yang spesifik seperti komponen/ peralatan ICT. Piawaian JKR Bagi Jangka Hayat Aset Infrastruktur dan Aset Kejuruteraan adalah dokumen hasil perbincangan dalam beberapa siri bengkel di samping mengalu-alukan kajian serta maklumat oleh cawangan-cawangan pakar (atau pegawai pakar) yang berkaitan.

BPPA/ CPAB juga dalam usaha menyediakan pangkalan data (data base) melalui Program Pengumpulan Data LCC yang dirintis mulai tahun 2019 hingga 2021. Beberapa isu dan cabaran telah dikenal pasti dalam mendapatkan data yang tersedia, dipercayai dan boleh guna. Sehubungan itu, BPPA akan mencadangkan tindakan strategik disusuli langkah taktikal untuk mengatasi isu dan cabaran tersebut menjelang tahun 2022.

Pengurus aset atau pengurus fasiliti, dan lain-lain yang tugasnya menguruskan sesuatu aset adalah pihak yang berada dalam kedudukan terbaik untuk merekodkan data. Sekiranya direkodkan dengan betul, ianya adalah sumber data LCC yang baik untuk rujukan pada masa depan. Namun, kebanyakannya adalah data yang tidak berstruktur serta sukar digunakan secara langsung untuk pengiraan LCC.

Oleh itu, sebagai alternatifnya sumber data yang terbaik untuk sistem, komponen dan peralatan adalah data daripada pengeluar, pembekal dan kontraktor pakar.

Sumber data berdasarkan pengalaman juga boleh diterima pakai dengan syarat ianya dipersetujui oleh beberapa pihak lain termasuklah pelanggan atau pemilik aset sendiri.

Semua warga JKR adalah amat digalakkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi mengenai pendekatan LCC ke arah kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset.

*Dokumen-dokumen berkaitan Pengurusan Aset Menyeluruh boleh dimuat turun di Portal JPAK:

http://jpak.jkr.gov.my/

3,110 points 3 16 34
...