search
Log In
3 votes
26 views
Sekiranya sesebuah projek (Sekolah - IBS) masih dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP); bolehkah pihak Klien memasang peralatan baharu seperti sinki di luar bilik darjah pada koridor bangunan IBS yang baharu? Ini susulan arahan yang diterima oleh pihak sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk memasang sinki di depan kelas bagi kegunaan murid dalam Norma Baharu bagi Pencegahan COVID-19.
in Quality Management 370 points 1 4 9

1 Answer

2 votes
Pandangan naid saya:

Berdasarkan kepada rujukan COC 203A pada Klausa 48 Defects After Completion, sekiranya berlaku kecacatan yang disebabkan oleh binaan kontraktor, pihak SO berhak mengeluarkan arahan pembaikan kepada pihak Kontraktor dan pihak Kontraktor perlu membaiki dalam tempoh yang dibenarkan.

Bagi kes yang dihadapi, sekiranya pihak Pelanggan memasang sinki untuk tujuan selain daripada kontrak ini bermakna kecacatan pada kawasan tersebut adalah tidak menjadi tanggungjawab kontraktor sekiranya berlaku kerosakan pada alatan tersebut dan juga tidak menjadi tanggungjawab kepada bahagian lain yang disebabkan pemasangan alatan tersebut.

Untuk perkara ini adalah lebih baik pihak Puan, Kontraktor dan Pelanggan melihat secara menyeluruh kesan sekiranya kegagalan berlaku sekiranya terjadi dan seterusnya perlu diterangkan kepada pihak Pelanggan sekiranya perkara tersebut terjadi.

Sekian, terima kasih.
14,000 points 4 33 96
...