Kebenaran Merancang adalah satu peringkat kelulusan yang perlu diperolehi sebelum sesuatu projek di laksanakan. Walau bagaimanapun, bagi projek - projek kerajaan yang di laksanakan secara dalaman JKR, Kebenaran Merancang (KM) dikemukakan kepada PLAN Malaysia melalui kaedah UR20A. Sekiranya terdapat ulasan - ulasan daripada Agensi Teknikal di dalam Jawatankuasa Rundingan 20A, pihak HODT perlu membuat pembetulan terhadap lukisan (pelan) dan mengemukakan semula kepada Agensi Teknikal dan PLAN Malaysia untuk kelulusan. Peringkat ini di kenali sebagai Pelan Tunai Syarat. Tempoh pengemukaan Pelan Tunai Syarat ini tidak ditetapkan oleh pihak PLAN Malaysia walau bagaimanapun ianya perlu 'ditutup' sebelum CPC di keluarkan.
Apakah tindakan segera yang boleh di buat HODT?
Setelah ulasan - ulasan Agensi Teknikal dari UR20A diterima, pihak HODT hanya perlu membuat pindaan di dalam Lukisan Tender untuk mengelakkan kelewatan iklan projek. Dalam masa yang sama Pelan Tunai Syarat perlu dikemukakan kepada Agensi Teknikal / PLAN Malaysia untuk kelulusan penuh.