search
Log In
7 votes
88 views
Pihak kontraktor kemukakan borang RFI untuk kerja setting out cerucuk. Wakil JKR ambil maklum dan tidak meluluskan kerana Method Statement dan profail syarikat piler masih belum disemak dan diluluskan. Kontraktor tetap teruskan dengan kerja cerucuk sewaktu wakil JKR tiada di tapak kerana berkursus.

Rekod cerucuk yang dikemukakan meragukan dan semakan kedalaman cerucuk (menggunakan besi diikat benang dan dimasukkan ke dalam lubang cerucuk) juga mendapati tidak semua cerucuk mempunyai kedalaman 30m seperti rekebentuk dalam lukisan. Kontraktor mahu jalankan ujian PIT (pile integrity test-low strain) untuk mengesahkan kedalaman cerucuk dan akan tuntut di dalam bayaran interim projek jika keputusan ujian mengesahkan kedalaman mencukupi. Cerucuk adalah jenis friction spun pile dan terdapat 30 point yang perlu disemak kedalamannya.

Apa perlu WPP nyatakan di dalam surat kepada pihak kontraktor? Bagaimana kaedah untuk menentukan kedalaman cerucuk tanpa melibatkan kos yang tinggi selain parallel seismic?

Terima kasih.
in Structure 6,450 points 14 36 93
edited by

2 Answers

6 votes
Pendapat naif saya:

Terdapat beberapa perkara dapat saya simpulkan disini adalah seperti berikut:

1. Pihak Kontraktor meneruskan kerja cerucuk meskipun Method Statement dan Profil Syarikat Piler masih belum diluluskan oleh Pasukan SO.

2. Kedalaman cerucuk yang dilaksanakan di tapak meragukan iaitu ketiadaan wakil Pasukan SO dalam memantau kerja cerucuk yang dilakukan oleh pihak Kontraktor.

3. Kontraktor cuba membuktikan kedalaman cerucuk dengan menggunakan kaedah PIT (software approach) dan sekiranya kedalaman yang dilakukan adalah benar, pihak Kontraktor akan membuat tuntutan kos kepada ujian tersebut.

Untuk perkara ini terdapat beberapa pendekatan cadangan yang boleh dibuat seperti berikut:

1. Kerja cerucuk yang dilakukan oleh pihak Kontraktor tanpa persetujuan oleh Pasukan SO tidak perlu dibayar bagi kerja tersebut kerana membuat kerja tanpa pemantauan wakil Pasukan SO.

2. Kedalaman yang dibuat oleh pihak kontraktor tidak perlu dilaksanakan PIT dan boleh terus membuat ujian cerucuk iaitu MLT/PDA dan memastikan beban yang ditanggung adalah seperti yang direkabentuk. Setiap kedalaman cerucuk adalah subjektif kerana data yang diambil adalah bergantung kepada ujian lapangan yang dibuat. Dari situ akan ada kedalaman berbeza meskipun penggunaan Skin Friction dicadangkan.

3. Tuntutan yang dibuat oleh pihak Kontraktor sekiranya kedalaman yang dibuat adalah sama dengan hasil ujian yang dicadangkan memang dibenarkan di dalam Kontrak pada para 36.6 dibawah Klausa 36.0 Inspection and Testing of Materials, Goods and Equipment.
14,000 points 4 33 96
1
terima kasih tuan Ir
2 votes
Merujuk kepada soalan ini. kerja - kerja tersebut dilaksanakan tanpa pengawasan di tapak kerana pegawai JKR berkursus dan method statement/sub kontraktor masih dalam semakan pegawai JKR. (Statement ini menunjukkan kelemahan di peringkat kita)

Moving forward..kerana kerja - kerja telah dilaksanakan. pendapat saya, simpan rekod2 bore log. Buat ujian pengesahan merujuk mana2 klausa dalam kontrak. mungkin test sonic logging yang boleh keluar detail untuk kedalaman pile. Selepas kedalaman cerucuk disahkan mencukupi. Tuan buat bayaran.
3,930 points 3 22 54
...