Pendapat naif saya:
Untuk makluman jika dirujuk kepada COC 203A pada Para 23.3 Days and Hours Of Working, terdapat tiga keadaan yang mana pihak Kontraktor tidak dibenarkan bekerja di tapak dan memerlukan kebenaran pihak SO/Wakil SO jika ingin bekerja pada waktu tersebut iaitu:
- Hari cuti rehat mingguan (weekly rest days);
- Cuti Umum
- Waktu kerja sebelum 6 pagi dan selepas 6 petang
Kebiasannya kebenaran yang diberikan kepada pihak Kontraktor untuk kerja pada keadaan tersebut adalah seperti melibatkan kerja yang tidak pemantauan khas (full standing supervision daripada Pasukan SO), tidak mengganggu kawasan sekitar dan sebagainya.
Bagi permasalahan yang diberikan kerja yang dilaksanakan oleh pihak Kontraktor adalah kerja-kerja rutin dan tidak perlu di pantau khusus. Oleh itu, kerja-kerja yang dijalankan adalah tidak perlu diisi di site diary dan tidak perlu ditandangan melainkan di arah untuk hadir pada hari tersebut.
Jadikan amalan pada diri sendiri menjadi lebih berwaspada terutama kepada rekod dan tandatangan yang tiada penglibatan kita didalam mana-mana kerja terutama melibatkan kontrak. Setiap perkara yang di tandatangan bermaksud kita telah bersetuju untuk bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa keadaan samada baik mahupun buruk.
Terima kasih.