search
Log In
3 votes
46 views
Mengelakkan birokrasi keterlaluan? Pemudahcara dalam mendapatkan kelulusan? Piawaian bagi memudahkan proses?
in Stakeholder Management (PM) 180 points 1 1 4

1 Answer

2 votes
 
Best answer

Untuk makluman, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah membangunkan Manual OSC 3.0 Plus yang digunapakai oleh semua OSC kecuali Sabah & Sarawak. Dokumen tersebut boleh dirujuk di: 

http://jkt.kpkt.gov.my/sites/default/files/2020-02/Manual%20OSC%203.0%20Plus%20Print%2011022020.pdf

Bagi projek yang melibatkan agensi kerajaan, pemudahcara adalah melalui Seksyen 20A Akta 172:
 

JPBD Negeri juga memainkan peranan sebagai penasihat kepada pembangunan projek projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk dibawa dan dibentangkan ke Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) melalui seksyen 20A, Akta 172 : Menjadi kewajipan tiap-tiap Jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk beunding dengan Jawatankuasa mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam Negeri itu,

Ianya juga adalah selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 7 Tahun 2009 yang menekankan keperluan urusan rundingan bagi projek-projek pembangunan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya.

Sehubungan dengan itu, HOPT  termasuk wakil pakar dari Arkitek disarankan untuk berkomunikasi dengan wakil dari Unit Pembangunan Tepi Jalan [[email protected]], Bahagian Jalan (JKR Negeri) di dalam melancarkan proses mendapatkan Kebenaran Merancang.

Namun begitu, sekiranya pihak tuan masih menghadapi masalah bagi urusan KM mohon maklumkan PBT yang mana; bagi pihak kami (Penyelaras isu [email protected] peringkat ibu pejabat) untuk diutarakan di dalam mesyuarat libat urus bersama JKT.

12,180 points 10 35 83
selected by
...