search
Log In
3 votes
36 views
Merujuk pekeliling SPP Bil 7/2002, perolehan barangan import perlu mendapat kelulusan pihak MITI (atau KSU kementerian setelah diturun kuasa) terlebih dahulu sebelum proses perolehan dilaksanakan.

1. Adakah panduan khas atau surat arahan KPKR untuk jabatan ini yang boleh dirujuk bagi melaksanakan prosedur barangan import berdasarkan pekeliling perbendaharaan yang terbaru? Di portal arahankpkr, terdapat surat yang masih lagi berstatus aktif berkenaan perkara ini tetapi dikeluarkan pada tahun 1997 dan berdasarkan pekeliling yang lama.

2. Pihak manakah yang akan menguruskan permohonan kelulusan ini? Pelanggan atau JKR?

3. Sekiranya JKR, di bawah tanggungjawab HODT (rekabentuk dan perolehan dilaksanakan oleh ibu pejabat), JKR Negeri (perolehan dilaksanakan oleh cawangan negeri), atau WPP untuk melaksanakan permohonan ini?

Terima kasih.
in Procurement Management 420 points 2 4 10

1 Answer

2 votes
2. Sekiranya barangan tersebut adalah keperluan/permintaan dari pelanggan pihak pelanggan yg perlu kemukakan kepada miti... Sekiranya tiada pernohonan dari pelanggan, pihak JKR yang perlu kemukakan permohonan.

3. Sekiranya ia merupakan salah satu elemen dari rekabentuk, HODT yang perlu kemukakan permohonan..
27,300 points 38 98 203
...