search
Log In
8 votes
91 views

Bagaimanakah cara terbaik untuk merancang kerjaya di JKR Malaysia ?

in Human Resource Management 3,470 points 3 12 36

2 Answers

6 votes
Dalam merancang kerjaya di jabatan, seeloknya setiap displin menyediakan rangka kerja kemajuan kerjaya (career progression framework) yang lengkap bagi setiap pegawai dan kakitangan (sekiranya belum ada) untuk dijadikan sebagai panduan.

Melalui rangka kerja ini, setiap individu boleh mengenalpasti pelan jangka masa pendek/sederhana/panjang dlm mencorak kerjaya masing-masing sama ada dari segi penempatan, peluasan ilmu pengetahuan, pemerkasaan kemahiran dan pesijilan/kelayakan profesional.

Program mentorship boleh diperluaskan kepada semua dan tidak tertakluk kepada perkara-perkara berkaitan kerja/teknikal sahaja. Di samping itu, sesi perkongsian pengalaman oleh pegawai/kakitangan yang telah lama bertugas juga boleh dilaksanakan. Ianya sedikit sebanyak dapat membimbing pegawai/kakitangan Jabatan dalam pelbagai aspek.
7,140 points 5 21 52
5 votes

Mengambilkira lantikan pertama pegawai dalam JKR ialah seorang "fresh graduate", saya berpandangan laluan kerjaya yang terbaik ialah sewajarnya MESTI melalui fasa-fasa awal penempatan berikut :-

Fasa 1 (2-5 tahun pertama)  : penempatan di cawangan pakar, Ibu Pejabat

Fasa 2 (3-7 tahun) : penempatan di daerah/negeri 

Fasa 3 (2-5 tahun) : penempatan KADER/Ibu pejabat

(Fasa seterusnya ulang balik Fasa 1 hingga 3 mengikut kesesuaian keperluan perjawatan)

Laluan kerjaya selama 15-20 tahun pertama di ketiga-tiga fasa tersebut Insyaallah cara terbaik melahirkan penjawat awam teknikal yang kompeten dalam bidang hakiki masing2.

Hanya pandangan saya sahaja. Mungkin sukar dilaksanakan, tapi yang paling sukar ialah kali pertama untuk dijadikan norma baru. smiley

11,570 points 15 38 77
1

saya bersetuju, cadangan yg padu Tn @zainalma

...