Bagi memastikan adaptasi BIM dalam projek JKR berjalan dengan lancar, setiap pihak perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing sama ada HOPT, HODT, PP, PTB serta pelanggan.
Kaedah pelaksanaan projek masih lagi berpandukan SPB. Bagi projek-projek yang akan dilaksana secara BIM, dokumen rujukan BIM seperti BIM:Brif JKR, Garis Panduan BIM JKR, Piawaian BIM JKR, Manual Proses Kerja BIM JKR dan lain- lain dokumen berkaitan perlulah dirujuk bersama.
Secara umumnya, peranan dan tanggungjawab HOPT adalah seperti berikut:
- Memastikan projek yang dilaksana BIM mengikut dokumen rujukan yang berkaitan;
- Keperluan BIM seperti latihan, perisian, komputer serta kontraktual disediakan. Latihan bolehlah merujuk kepada POL, CREaTE manakala perisian & komputer bolehlah merujuk BTM ataupun menggunakan BIM Centre (Blok F) atau Studio BIM (PJD). Kontraktual pula bolehlah merujuk pihak CKUB;
- Pelaksanaan Pelan Projek BIM dengan mengadakan bengkel bersama HOPT dan HODT;
- Memastikan HODT melaksana reka bentuk secara BIM;
- Menyelaras skop BIM dan objektif BIM dalam projek masing-masing; dan
- Mengurus projek secara BIM.
Sekiranya terdapat kemusykilan, bolehlah berhubung dengan Unit BIM, CPAB (sebagai pemudahcara dalam pelaksanaan BiM).