search
Log In
16 votes
145 views
in Human Resource Management 42,830 points 28 107 208

3 Answers

6 votes

Ada beberapa faktor yang mungkin menjejaskan kemampuan pegawai bawahan untuk menyiapkan tugas yang diperlukan dengan segera. Pertamanya, pegawai tidak mempunyai kompetensi yang sesuai dengan tugasan yang diberikan. Kedua, pegawai atasan tidak berkomunikasi dengan jelas deliverables yang dikehendaki dan bila ianya disiapkan. Ketiga, terdapat masalah sikap yang selalu berkait dengan masalah peribadi. Saya sentiasa bertanggapan bahawa setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Oleh itu, pegawai atasan bertanggungjawab untuk membimbing dan memotivasi pegawai di bawah kelolaannya bagi menyelesaikan masalah yg menjejaskan prestasi kerja. 

2,240 points 2 11 23
6 votes
Saya berpendapat seperti berikut :

1. Pegawai atasan perlu memberikan tempoh masa kepada pegawai tersebut untuk menyiapkan kerja tersebut (contoh : spesifik masa & tarikh kerja tersebut perlu dihantar)

2. Pegawai atasan perlu sedar/prihatin terhadap beban tugas yang diberikan kepada pegawai tersebut (kalau terlalu banyak beban  tugas yang perlu disegerakan kepada seorang pegawai, boleh mempengaruhi kelewatan pegawai tersebut menyiapkan kerja).

3. Pegawai atasan perlu memberitahu kepada pegawai tersebut tugas yang benar2 perlu disiapkan segera supaya arahan tersebut dapat difahami oleh pegawai tersebut.
290 points 1 3 6
0
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.
2 votes

Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Penilai Pertama (PPP) membantu pegawai bawahan berkenaan dengan mengambil langkah proaktif bertindak sebagai Mentor yang dapat membantu menyusun atur kembali kerja-kerja yang diarahkan kepada pegawai bawahan tersebut mengikut kategori seperti berikut  :

1) Top Priority

2 ) Less Priority

3) Very Important

4) Low Important

Contoh seperti jadual dibawah sebagai perkongsian bersama....

18,050 points 26 67 123
edited by
...