search
Log In
3 votes
34 views
Adakah pelan pengurusan risiko perlu dipantau secara berterusan dan sehingga bila ianya perlu dipantau?
in Risk Management 15,670 points 20 42 116

1 Answer

2 votes
Pendapat naif saya:

Sekiranya pelaksanaan pengurusan risiko ingin diadakan, pihak pasukan projek perlu mengisi template perancangan pengurusan risiko yang mana maklumat pemantauan berkala secara bulanan atau dua bulan sekali perlu diluluskan oleh Pengurus Program/Pengurus Projek. Ini memastikan bahawa segala risiko yang berkemungkinan akan terjadi (risiko ancaman atau peluang) dapat di kenalpasti dengan pencengahan atau mitigasi.

Selain itu, fasa pemantauan ini meliputi di semua fasa Kitar Hayat Projek (Perancangan hingga Serahan Projek). Laporan ini juga adalah 'live document' yang mana sekiranya ada risiko baru perlu didaftarkan dan perlu analisa boleh dimasukkan ke dalam laporan tersebut.

Dokumen yang terbaik adalah segala jenis risiko dapat diutarakan/dikenalpasti secara spesifik dan langkah pencengahan (Pelan A) dan Mitigasi (Pelan B) dapat dilaksanakan tanpa bergantung kepada keputusan Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, kematangan terhadap Pengurusan Risiko adalah lebih rendah daripada kematangan terhadap Pengurusan Masa dan Pengurusan Kos.

Jika laporan ini dapat dipantau hingga penutupan akuan dan analisa kepada Laporan Akhir boleh dikaji kepada Risiko Yang Berjaya Dirawat dan Tidak Berjaya Dirawat. Dalam erti kata lain, ia boleh terus dijasikan laporan Lesson Learned.
Terima kasih.
13,980 points 4 33 95
0
Terima kasih di atas pandangan dan pendapatan tuan. Maka di peringkat perancangan dokumen ini perlu dipantau dan diambil tindakan sebelum diserahkan kepada fasa seterusnya iaitu pembinaan.
...