Pemilihan RCCB pole pada DB 3 fasa yang terbaik adalah menggunakan 3 unit RCCB 2 pole iaitu 1 unit RCCB 2 pole bagi setiap fasa (Kaedah B). Kelebihan menggunakan kaedah B tersebut yang paling utamanya seperti yang telah dijawab oleh Tuan Khudri.
Selain daripada itu, ramai yang terlepas pandang kelebihan mengasingkan RCCB 2 pole bagi setiap fasa adalah dapat "Minimizing unwanted tripping due to impact of standing leakage current".
Maksimum limit standing leakage current tidak boleh melebihi 30% daripada nilai residual current sensitivity. Untuk RCCB 30mA (Max limit = 9mA), RCCB 100mA (Max limit = 30mA).
Pengalaman saya pernah memeriksa sebuah DB yang menggunakan RCCB 4P 30mA untuk litar kuasa kerap berlaku tripping. Setelah memeriksa dengan menggunakan leakage clamp meter, didapati standing leakage current daripada penggunaan komputer yang banyak serta lain -lain perkakas elektrik serta elektronik sahaja telah mencapai 17mA.