search
Log In
2 votes
22 views

Assalam...

Kebiasaannya, As Built Drawing yang dikemukakan tidak lengkap setelah sesuatu projek siap diserahkan. Apakah senarai semak As Built Drawing yang diperlukan terutama yang melibatkan displin Arkitek setelah sesuatu projek siap. 

in Contract Management 240 points 1 2 6

1 Answer

0 votes

Soalan ini agak general. walaubagaimanapun saya cuba menjawab untuk beberapa perkara:-

1. Senarai semak untuk lukisan siap bina hendaklah berdasarkan lukisan pembinaan iaitu bermula dari skop kerja utama (bangunan-bangunan yang dibina) hingga lah kepada item-item butiran/tipikal didalam lukisan pembinaan arkitek.

2. Selain itu, sekiranya terdapat pindaan rekabentuk semasa proses pembinaan, pihak SO hendaklah memastikan semua maklumat ini telah dipinda dan diadakan didalam lukisan siap bina.

3. Untuk makluman tuan, surat arahan KPKR bertarikh 24 Mei 2011 adalah dirujuk untuk panduan penyediaan dan mungkin ada SAKR terkini boleh dirujuk selain daripada SAKR bertarikh 5 Oktober 2020 berkenaan penyerahan softcopy lukisan pembinaan kepada kontraktor.

Lampiran ini adalah sebahagian sila semak didalam laman : https://arahankpkrv2.jkr.gov.my/

1,660 points 2 10 25
...