search
Log In
3 votes
19 views
Di mana bahan-bahan buangan terjadual seperti barangan eletrik/eletronik, minyak terpakai, bateri kenderaan, bahan binaan, bahan kimia dan lain-lain bahan mudah terbakar?
in Fixed Asset (Tak Alih) 17,260 points 20 43 124

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Buangan terjadual adalah apa-apa buangan yang mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar. Sebanyak 77 jenis buangan terjadual disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, dan pengurusan buangan tersebut hendaklah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan di atas. Pengendalian buangan terjadual perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan hendaklah di peroleh kembali atau dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja. Sekiranya pihak puan tidak mempunyai kepakaran dan kelengkapan untuk menghapuskan bahan buangan terjadual, pihak puan perlu melantik dan mendapatkan perkhidmatan pelupusan daripada syarikat - syarikat pengendalian bahan buangan terjadual yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) seperti Kualiti Alam dsbnya.
4,940 points 4 14 44
edited by
0
Terima kasih banyak2 di atas perkongsian ilmu..
...