search
Log In
1 vote
14 views

Bagaimanakah penerimaan VMS oleh syarikat-syarikat utiliti dan pihak berkuasa tempatan? Ini memandangkan mereka juga memiliki prosedur/syarat/strategi yang mana telah memberi impak kepada kebolehlaksanaan projek-projek kerajaan. Kesannya, VO masih perlu diberikan kepada projek walaupun telah dibincangkan/dikaji/dirisikokan di peringkat VE/VM.

in Value Management 1,900 points 2 7 17
edited by

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan.

Dimaklumkan VMS ini hanya akan dirintiskan dalam projek RP3 RMK12 kelak (jangkaan akan bermula dalam suku ketiga tahun ini / 2021). Dijangkakan beberapa projek kompleks tahap ACAT I dan II dari KKR dan Kementerian terpilih akan dilaksanakan Kajian VMS (Rintis). Dijangkakan pihak syarikat utiliti dan pihak berkuasa tempatan akan turut terlibat.
Oleh itu, maklum balas dan input yang bakal diterima dalam Kajian VMS daripada pihak syarikat utiliti / PBT akan diteliti samada 'reliable' atau tidak, dan perlu 'dipantau' samada boleh menyebabkan implikasi perubahan ketara setelah projek melalui fasa-fasa selanjutnya.
Kami mengambil maklum kebarangkalian dan risiko perubahan syarat/ketetapan serta peningkatan kos berkaitan keperluan syarikat utiliti / PBT berkenaan yang berkemungkinan berlaku di sepanjang proses pembangunan projek. Sewajarnya langkah mitigasi terhadap risiko tersebut diambilkira semasa Kajian VMS di peringkat perancangan strategik agar kejadian NOC (Notice of Change) dapat dielakkan.

Antara langkah yang boleh diambil bagi memitigasikan risiko tersebut adalah melalui sesi libat urus dengan syarikat utiliti / PBT yang bakal melibatkan kerjasama daripada pihak Agensi Pusat Kerajaan dan Kementerian terlibat (contoh: KPKT). Sesi libat urus sedemikian seharusnya dapat menyelesaikan isu dan risiko yang kerap berlaku dalam projek berkaitan syarat / ketetapan keperluan pihak utiliti/PBT.
3,780 points 1 3 9
selected by
...