search
Log In
1 vote
10 views
Pelbagai kajian dan mekanisma serta pendekatan dilaksanakan termasuklah strategi VMS. Malangnya projek masih gagal disiapkan dalam tempoh masa, kos dan kualiti ditetapkan. Lesson Learnt pun telah dikongsikan. Workflow, metodologi dan pengurusan risiko yang bersistematik juga telah diadaptasikan. Di manakah 'lack' dan 'gap' serta strategi yang reliable?
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

1 vote
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Jawapan berikut adalah dari perspektif SME VM dan ahli pasukan pembangunan Inisiatif VAE (ACAT, VMS, GN0) di CPAB.

Sukar dinafikan bahawa terdapat prestasi pelaksanaan projek oleh JKR yang gagal mencapai objektif masa, kos dan kualiti yang ditetapkan. Hakikatnya JKR telah mempunyai prosedur Sistem Kualiti pelaksanaan projek yang memenuhi standards SIRIM/ISO serta mengamalkan pelbagai amalan terbaik pengurusan projek, lessons learned dan sebagainya. Namun 'gap' atau 'lacking' yang dikenalpasti adalah seperti perbincangan berikut.
Berdasarkan penglibatan JKR dalam proses pelaksanaan projek, pemakaian sistem, prosedur dan amalan baik tersebut adalah setelah sesuatu projek 'diterima' daripada K/J/A Pelanggan untuk dilaksana oleh JKR. Pendekatan JKR ini berupa tindakan 're-active' terhadap status sediada projek yang diserahkan oleh Pelanggan (aspek penentuan skop projek, tapak/tanah, kos dsb.). Ini bermakna projek yang tidak viable dan/atau tidak sedia juga telah diterima oleh JKR untuk dilaksana.

Malah kerap terdapat projek yang perlu 'diperbetulkan' terlebih dahulu oleh JKR seperti melengkap / menambah / mengubah Brif Projek, yang memberi implikasi terhadap kefungsian, kos, kualiti, masa dsb. 'Pembetulan' oleh JKR ini telah dianggap normal, boleh berlaku berulang kali (iterated), melibatkan sumber dan masa pegawai JKR yang banyak, melibatkan NOC (Notice of Change); samada di peringkat perancangan, rekabentuk, perolehan, malah pembinaan dan penyerahan projek.

Justeru itu, pendekatan mekanisme VAE (ACAT, VMS, GN0) yang akan mula dirintis dalam projek RP3 RMK-12 ini adalah untuk 'close the gap' iaitu berasaskan prinsip 'pro-active'  i.e., 'doing right project rightly' atau 'right at the first time' dsb. Dengan adanya tapisan awal VAE (terhadap viability dan ketersediaan projek) sebelum projek dikemuka kepada EPU, maka hanya senarai projek 'good ones only will go through'. Antara faedah VAE adalah cadangan projek yang akan dikemukakan oleh pelanggan kepada EPU tidak lagi berdasarkan 'trial and error'. In shaa Allah semoga dipermudahkan.
3,780 points 1 3 9
selected by
...