search
Log In
0 votes
15 views
Adakah rekod pengalaman dan kepakaran merupakan variable penting peserta dalam bengkel VE/VM? Apakah strategi pemilihan peserta bengkel tersebut? Ini adalah kerana PIC yang terlibat dalam bengkel sebahagiannya tidak terlibat di peringkat post-contract.
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

1 vote
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan.

Ya, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh peserta Makmal VE/VM amat mempengaruhi kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu Kajian VE/VM. Disamping itu, keupayaan dan 'mandat' yang dimiliki oleh peserta yang hadir tersebut juga penting yang membolehkan peserta tersebut membuat keputusan (decison making) atau kepakarannya dirujuk sepenuhnya.

Mengikut amalan VM, strategi penentuan peserta menggunakan tool 'ACID (Authorize-Consult-Inform-Do) Test' menyarankan agar penyertaan dan komposisi yang tepat dari kalangan entiti atau wakil Pihak Berkuasa/Stakeholder; Pelanggan/Pengguna; Pakar Rujuk/Perunding; Perekabentuk; Pengurus Projek; Pelaksana dsb.

Syarat peserta Makmal VE/VM untuk mempunyai pengalaman dalam post contract (pasca kontrak) adalah tidak mandatori, namun menjadi kelebihan bagi seseorang peserta Makmal VE/VM agar dapat mengkaji secara pro-aktif dari aspek constructability dan bagi memitigasikan masalah atau risiko yang sering berlaku di peringkat pasca kontrak. Untuk tujuan tersebut, kebiasaannya kehadiran wakil dari JKR Negeri atau Daerah dalam Makmal VE/VM akan membantu untuk memberikan input pasca kontrak berkenaan.
3,780 points 1 3 9
selected by
0
Bagi projek yang melibatkan penyeggaraan pasca serahan perlu juga wakil daripada CSFB & CSFJ. Terutamanya yang melibatkan jalan, kerana walaupun nampak sama tetapi tidak serupa.
...