search
Log In
1 vote
12 views
Sejauh mana kader-kader di Kementerian involve dlm GN0 sebab kebanyakannya lebih terlibat dalam pelaksanaan projek yang dilaksanakan sendiri oleh Kementerian?
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

1 vote
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan.

Dimaklumkan Surat Pemakluman oleh YBhg. Dato' KPKR bertarikh 09 Oktober 2020 kepada semua Kementerian / Jabatan / Agensi Pelanggan mengenai 'Pemerkasaan Tugas dan Tanggung Jawab Pegawai Kader JKR Malaysia' merangkumi penentuan skop tugas/tanggungjawab berikut:

1) Pewujudan Program / Projek / Aset

2) Khidmat Nasihat Teknikal

3) Pengurusan Aset

Sejak akhir tahun 2019 dan berterusan dalam tahun 2020 dan sehingga kini, sesi libat urus dan pembangunan kompetensi secara berterusan bagi pegawai-pegawai Kader JKR sedang giat dilaksanakan terhadap aplikasi ACAT, VMS dan GN0.
Namun, adalah dijangka peralihan sepenuhnya kepada pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pegawai Kader JKR mengikut surat pemakluman tersebut di atas akan berlaku secara berperingkat. Ia memerlukan kerjasama serta sokongan daripada pihak K/J/A Pelanggan untuk melaksanakannya secara menyeluruh dan sepenuhnya. Buat masa ini, aplikasi inisiatif VAE terutama ACAT dan GN0 telah mula dirintis dan sesi latihan/'hands-on' telah dilaksanakan oleh CPAB terhadap pegawai Kader JKR di beberapa Kementerian terpilih. Sebagaimana perancangan CPAB bersama K/J/A Pelanggan, pelaksanaan inisiatif VAE akan lebih giat dilaksana dalam tahun 2021 bagi perancangan projek RP3 RMK-12, sebelum pengemukaan cadangan projek selewatnya pada 31 Mac 2022.
3,780 points 1 3 9
selected by
...