search
Log In
1 vote
8 views
Apakah kita YAKIN dengan pengadaptasian VMS adalah sebahagian daripada strategi yang dapat menyakinkan AP182 akan kekal dan tidak akan dimansuhkan?
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

1 vote
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Pendapat berikut adalah dari perspektif SME VM.

Adalah difahami kegusaran kita semua dalam mengekalkan 'martabat' AP 182.1 yang memberikan hak kepada Jabatan Teknik untuk menerima atau memberi pengecualian (right of refusal) bagi pelaksanaan projek-projek RMK-12.
Namun, berbanding dengan RMK yang terdahulu, RMK-12 merupakan platform yang strategik dan kritikal bagi memantapkan peranan, fungsi dan tanggung jawab Jabatan Teknik, iaitu susulan kepada tindakan 'pengukuhan/pemerkasaan' AP 182.1 (a) dan (b) agar 'menjamin' K/J/A Pelanggan untuk menyerahkan sebahagian besar jumlah projek untuk dilaksana oleh Jabatan Teknik; dan memastikan projek adalah berdaya maju dan tersedia (sebelum diluluskan EPU) untuk tujuan pelaksanaan.

Oleh itu, bagi meningkatkan keyakinan K/J/A Pelanggan dan JKR sendiri terhadap keperluan Kajian VMS adalah dengan menjadikan kajian tersebut sebagai alat atau 'tool' perancangan yang efektif bagi membantu pelanggan dalam memastikan / memantapkan justifikasi daya maju dan ketersediaan projek kompleks ACAT I dan II (penentuan skop, tapak, status tanah, kos dsb.) seawal dari peringkat perancangan strategik (pewujudan projek) lagi.

Pendapat saya, pelaksanaan inisiatif VMS di peringkat Perancangan Strategik K/J/A pelanggan tidak memberi implikasi negatif terhadap pemakaian AP 182.1 yang telah memartabatkan peranan, fungsi dan tanggung jawab Jabatan Teknik. Malah, hasil dari VMS bersama ACAT dan GN0 akan memberi impak positif bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian projek oleh JKR / JPS.
3,780 points 1 3 9
selected by
...