search
Log In
2 votes
7 views
Apakah kaedah pengukuran KPI keberkesanan VMS?
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

1 vote
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Jawapan berikut merupakan dari perspektif SME VM dan ianya berkait dengan jawapan mengenai Critical Success Factors (CSF) yang diberikan sebelum ini.

Berdasarkan CSF berkenaan, antara KPI yang boleh ditetapkan adalah:

1) Justifikasi projek yang telus dan 'reliable' - Ukuran nilai Index yang dicapai dalam Creativity Index (C.I.) adakah meningkat atau menurun; realistik atau tidak (projek benar-benar viable atau tidak).

2) Penentuan input melalui Brif Projek oleh Pelanggan - Ukuran penentuan skop projek (tambahan atau pengurangan skop); penentuan konsep pembangunan (kapasiti/jumlah SOA/GFA atau panjang jajaran); penentuan keluasan guna tanah (keluasan/kapasiti yang hendak dibangunkan); dsb.

3) Penentuan/Penyelarasan input Anggaran Kos Awalan - Ukuran penentuan nilai kos projek (tambahan atau pengurangan kos berbanding anggaran asal).

4) Penentuan/Pemantapan strategi pelaksanaan projek - Ukuran penentuan penjadualan masa (lebih panjang atau pendek); pengenalpastian risiko projek (bilangan risiko berdaftar) dsb.

5) Tahap penerimaan dan kepuasan K/J/A Pelanggan terhadap hasil Kajian VMS - Ukuran pencapaian keputusan cadangan projek samada viable dan tersedia atau tidak untuk dikemuka kepada EPU.

6) Tahap keberkesanan dan kepuasan ahli yang terlibat dalam Kajian VMS - Ukuran prestasi prosedur, proses, kaedah facilitation, tools VMS dsb.)
3,780 points 1 3 9
selected by
...