search
Log In
1 vote
8 views
Apakah 'critical factor' pelaksanaan VMS dan peringkat penyumbang kepada kegagalan VMS?
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

1 vote
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Jawapan berikut adalah bersifat pandangan dari perspektif SME VM, iaitu dengan mensasarkan matlamat yang hendak dicapai melalui VMS adalah pewujudan nilai projek yang terbaik (best value creation) merangkumi aspek daya maju dan ketersediaan projek (skop, tanah, kos, jadual dsb); seawal di peringkat perancangan strategik sebelum sesuatu projek dikemuka oleh K/J/A Pelanggan bagi mendapatkan kelulusan UPE, JPM.

Berpandukan matlamat tersebut, antara 'Critical Success Factors' (CSF) bagi pelaksanaan VMS adalah:
1) Penyediaan justifikasi daya maju (viability) projek yang telus dan 'reliable' (contoh: melalui LFM dan C.I.) oleh K/J/A pelanggan;

2) Penentuan projek melalui penyediaan Brif Projek dsb. oleh KJA Pelanggan yang jelas dan komprehensif (merangkumi penentuan skop dan komponen projek, keperluan kefungsian / perkhidmatan, perancangan guna tanah dan status tanah, konsep pembangunan, dsb.)

3) Penentuan input penyediaan Anggaran Kos Awalan projek yang berasas dan realisitik;

4) Perancangan strategi projek yang realisitk dan efektif, seperti strategi penjadualan masa utama, strategi perolehan projek, pengurusan risiko dsb.

5) Kesediaan dan keterbukaan pihak K/J/A Pelanggan untuk menggunapakai Kajian VMS sebagai suatu 'tool' strategik dalam mewujudkan nilai dari aspek daya maju dan ketersediaan serta prioriti sesuatu projek untuk diangkat bagi tujuan kelulusan EPU.

6) Ketetapan prosedur, proses, karakter dan amalan facilitation serta aplikasi tools/teknik Kajian VMS yang efektif, sistematik dan efisien.

Secara ringkas, sebarang situasi yang bertentangan dengan CSF yang tersebut di atas adalah penyumbang kepada ketidak berkesanan/ketidakcapaian matlamat/kegagalan bagi pelaksanaan VMS dalam projek Kerajaan.
3,780 points 1 3 9
selected by
...