search
Log In
1 vote
19 views
Adakah VMS sejajar/selari dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN)?
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan.

Ya, prosedur dan karakter Kajian VMS yang perlu dilaksanakan di peringkat Perancangan Strategik (semasa Pewujudan Projek) adalah sejajar dengan pematuhan kepada Dasar Keselamatan Negara (DKN) dan sebarang dasar atau polisi Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Sebagai contoh, keperluan pematuhan syarat DKN atau kefungsian keselamatan yang diperlukan dalam perancangan sesuatu projek perlu dikenalpasti dan dinyatakan dengan jelas dalam Brif Projek oleh Pelanggan. Melalui VMS dan Semakan GN0, pematuhan terhadap DKN, kefungsian dan keperluan pelanggan serta pengguna (termasuk pematuhan lain-lain dasar/polisi) perlu diambilkira seawal di peringkat perancangan strategik bagi mengelakkan implikasi terhadap daya maju, skop, kos, penjadualan projek dsb. sekiranya lewat dikenalpasti dalam pelaksanaan projek.
3,780 points 1 3 9
selected by
0

Di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) pada Teras 7: Pembangunan Mampan menjelaskan pembangunan perlu mengambilkira keperluan sedia ada dan masa hadapan merangkumi aspek-aspek keselamatan, ekologi dan demografi. DKN juga menekan konteks keselamatan air, keselamatan makanan, pengurusan CBRNE dan pemuliharaan alam sekitar menjurus kepada impak pembangunan bandar dan luar bandar.

Diharapkan VMS diolahkan secara menyeluruh agar nilai teras DKN dapat diimplementasikan dalam pembangunan projek-projek kendalian JKR. 

0
Terima kasih di atas maklum balas.

Pihak kami mengambil maklum cadangan yang amat membina tersebut.

Antara tujuan perubahan ke arah pelaksanaan VMS / inisiatif VAE (ACAT & GNO) adalah untuk mengambilkira setiap keperluan bagi cadangan projek dan kehendak pelanggan serta operasi (pengguna) termasuk keperluan Pembangunan Mampan di bawah DKN, seawal di Peringkat Perancangan Strategik (Pewujudan Projek).
Penetapan awal terhadap keperluan Pembangunan Mampan, DKN dsb. adalah sejajar dengan tumpuan VMS / VAE iaitu pihak Pelanggan dan pihak lain yang terlibat semasa pewujudan projek yang bertanggung jawab untuk mengenal pasti, menetap dan menyatakan dengan jelas (dalam Brif Pelanggan/ Brif Projek) keperluan / kehendak tersebut.

Tindakan awal ini mengambilkira bahawa pihak Pelanggan (termasuk Bahagian Perancangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Teknikal (Kader JKR), dsb.) adalah merupakan pihak yang paling "aware" dan arif terhadap keperluan DKN dan lain-lain yang berkaitan semasa pewujudan projek.
Disamping itu, tindakan pro-aktif tsb. adalah untuk memitigasi risiko kelewatan dalam penetapan / permohonan keperluan sedemikian drp. pihak Pelanggan sebagai pemilik projek, sehingga isu sedemikian boleh menyebabkan iterations (kerja berulang/ rectification) di peringkat selanjutnya (semasa fasa reka bentuk, fasa pembinaan, fasa penyerahan dsb). yang boleh memberi impak terhadap kelancaran jadual (masa) dan penggunaan sumber projek.

Sekian, terima kasih.
...