search
Log In
2 votes
16 views
Bagaimanakah sambutan pihak kementerian atau klien lain terhadap pelaksanaan VMS bagi RMKe-12?
in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan tersebut.

Hasil dari sesi libat urus dan pembangunan kompetensi yang telah dilaksana, sambutan dari pegawai Kader JKR (di Agensi Pusat & KJA) terhadap VMS adalah positif namun masih di tahap memuaskan.

Buat masa ini, VMS telah disyaratkan oleh pihak EPU, JPM (sebagai Peneraju VM dalam Sektor Awam) untuk melalui pelaksanaan projek rintis terlebih dahulu bagi projek terpilih di bawah perancangan Rolling Plan (RP) 3 RMK-12 (di kalangan projek ACAT I & II yang akan dikemuka kepada EPU selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022).

Namun, tahap kesedaran dan kefahaman terhadap keperluan VMS di peringkat Perancangan Strategik (semasa pewujudan projek) oleh KJA telah menunjukkan peningkatan dan diharapkan di masa akan datang, inisiatif VMS dapat direalisasikan dalam merancang penyampaian nilai terbaik bagi projek (aspek daya maju, penentuan skop, status tanah, anggaran kos, strategi pelaksanaan projek dsb.)
3,780 points 1 3 9
selected by
...