search
Log In
2 votes
20 views

Projek PUN (Pemulihan, Ubahsuai dan Naiktaraf) merupakan definasi yang disebut baru-baru ini tetapi ia tidak diamalkan dalam GN0 dan VAE kerana keperluan kebolehlaksanaan projek adalah sangat bergantung kepada keperluan:

  • Skop kerja yang lengkap dalam brif
  • Lukisan Siap Bina
  • Laporan BCA/FCA 
  • Laporan dilaptasi bagi projek warisan

 

 

in Value Management 1,900 points 2 7 17

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Jawapan berikut telah turut dirujuk kepada Unit Amalan Terbaik (UAT), BPPK, CPAB.

Tidak dinafikan projek PUN (Pemulihan, Ubahsuai, Naiktaraf) juga boleh termasuk di bawah kategori projek yang kompleks dan melibatkan prasyarat pelaksanaan projek seperti Brif Projek yang lengkap dan keperluan data lain berkaitan.

Namun buat masa ini, pelaksanaan GN0 dan inisiatif VAE yang lain (ACAT dan VMS) baru mula dirintis pelaksanaannya dalam projek RMK-12. Setakat ini ia tertumpu kepada cadangan projek baru kategori fizikal Bangunan, Jajaran dan Infra dsb. Inisiatif di bawah mekanisme VAE tersebut bertujuan untuk memastikan / memantapkan daya maju dan ketersediaan projek di peringkat perancangan strategik (pewujudan projek). Format Semakan GN0 sediada adalah secara berasingan bagi projek kategori Bangunan dan Jajaran.

Walau bagaimanapun, sekiranya projek PUN memerlukan penyesuaian yang khusus bagi semakan GN0 dan Kajian VMS di peringkat perancangan strategik (pewujudan projek), cadangan / permohonan kepada pihak terlibat di bawah BPPK, CPAB boleh dikemukakan agar mekanisme VAE turut dirintis dan penyesuaian konteks aplikasi dibuat bagi projek PUN.
3,780 points 1 3 9
selected by
...