search
Log In
3 votes
30 views

Pada pandangan tuan, adakah JKR bersedia dari segi infrastruktur dan kesedaran peringkat dalaman untuk mengadaptasi teknologi IR4.0 dalam urusan JKR?

in ICT 1,900 points 2 7 17

2 Answers

3 votes
Pandangan saya, sebahagian daripada kakitangan JKR telah bersedia dengan teknologi melibatkan IR4.0 memandangkan dunia kini banyak bergantung pada teknologi untuk mendapatkan informasi secara pantas dan terkini. Walau bagaimanapun, dari segi infrastruktur, kita masih jauh ketinggalan. Kebanyakan kita masih mengguna pakai komputer yang spesifikasinya sudah jauh ketinggalan dari spesifikasi semasa. Perkakasan sokongan lain juga begitu yang mana kerap kali mengganggu kelancaran tugasan harian dan menyekat capaian ke teknologi terkini.
260 points 3
0

Saya berpandangan, kita tidak boleh hanya menyalahkan perkakasan sediaada semata-mata tetapi perlu lebih melihat kepada kesediaan warga JKR mengadaptasikan teknologi terkini dari konteks kompetensi dan kebolehupayaan membentuk budaya kerja yang kreatif dan inovatif. Persoalannya: Adakah perkakasan komputer sedia ada telah digunakan secara optimum dan berapa peratus yang menghadapi masalah ini?. Data analytic diperlukan dalam membuktikan keberkesanan sebenar melalui dapatan critical factor punca serta masalah sebenarnya dalam jabatan.  

0 votes
Infrastruktur bukanlah lagi keutamaan kepada teknologi IR4.0 sebaliknya teknologi ini memerlukan kretiviti pengguna untuk mengeksploitasikan teknologi tersebut untuk memberi impak yang besar.

Sebagai conton IoT hanyalah penggunaan sensor yang dihubungkan ke internet. Internet boleh dididapati dengan mudah dan dengan kos yang rendah. Tapi IoT memerlukan kreativiti kita untuk mengenalpasti keperluan penggunaan sensor tersebut serta analisa yang dibuat terhadapa data yang dihasilkan dan dikumpulkan.

Pandangan saya, JKR masih lagi "takut" dan "mengelak" untuk berubah dan menggunakan teknologi terkini dan infrastruktur sering dijadikan "alasan" paling mudah.
1,250 points 2 7 14
...