Saya cuba jawab definisi Pengurus Projek:
Juga dikenali sebagai HOPT yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perjalanan sesuatu projek dari peringkat awalan. Dengan erti kata lain, HOPT berada di barisan hadapan dan berperanan sebagai orang tengah antara semua pihak di dalam konsep penyampaian ‘tanggungjawab’. HOPT yang akan berurusan sepenuhnya dengan stakeholder /pelanggan/ jabatan. Selain dari itu, pengurus program juga bertanggungjawab untuk menyediakan Q Plan bagi perlaksanaan sesuatu projek. Dan berdasarkan perancangan induk inilah pengurus projek bertanggungjawab untuk menyelaras peranan yang perlu dimainkan oleh cawangan pakar yang memberikan khidmat sokongan. Kesimpulannya pengurus projek lebih tertumpu kepada aspek penyelarasan dan pemantauan sejak dari awal projek sehingga ke akhir dengan tanggungjawab spesifik.
Maaf sekiranya tidak memenuhi jawapan. Sedikit ilmu yang digarab semasa di pejabat HOPT.