search
Log In
3 votes
29 views
Apakah penggunaan BIM akan meningkatkan kos project
in BIM 1,400 points 2 5 7

1 Answer

4 votes
 
Best answer
Bagi projek Reka & Bina  - tiada. Kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor. Need statement yang disediakan telah pun dinyatakan bahawa kontrkator perlulah mereka bentuk secara BIM. Kontrkator boleh mendapat manfaat penggunaan BIM ini dengan menghasilkan simulasi pembinaan (4D & 5D), mengurangkan rework, menjalankan koordinasi dengan lebih teratur, seterusnya dapat menghasilkan as-built dwg melalui model BIM tersebut dengan lengkap. Tuan boleh merujuk surat CKUB; Dokumen Piawai Preliminaries dan General Conditions dan COntractual and General Requirements (CGR) bagi Projek Rka dan Bina bertarikh 18 November 2020.

Bagi projek Konvensional - sekiranya projek dilaksana sehingga LOD300, tiada pertambahan kos kepada projek semasa pembinaan. Kaedah reka bentuk perlu secara BIM. Sekiranya projek dilaksana sehingga LOD500, antara pertambahan kos yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:

i. Keperluan PP - Komputer dan perisian BIM

ii. Penyediaan 4D - simulasi pembinaan untuk tujuan SO memverifikasi jadual kerja kontraktor secara 3D

iii.  Penyediaan model kekuda bumbung (yang dilaksana secara prefabricated roof trusses) - kontrkator perlu memastikan model kekuda bumbung disiapkan sehingga LOD500.

iv. Penyediaan as-built model - kontraktor perlu mengemaskini model reka bentuk yang diberikan oleh JKR dengan mengisi maklumat pembinaan dan aset (LOD 500) dan menghasilkan lukisan siap bina melalui model tersebut. Tiada pertambahan kos disini kerana kontrkator bukan membangunkan model daripada mula tetapi hanya perlu mengemaskini maklumat serta mengikut sepertimana yang dibina di tapak. Selai itu, jika kita lihat surat daripada CKUB; "Panduan Menetapkan Harga Bagi Lukisan Siap Bina (LSB) di dalam Dokumen Tender" bertarikh 11 Februari 2020 ada menyatakan anggaran boleh dibuat sebanyak RM10,000.00 atau 0.4% daripada jumlah kos pembinaan (tidak termasuk kerja awalan) yang mana lebih tinggi. Kos ini sebenarnya adalah mencukupi dan memberi manfaat sepenuhnya oleh kontraktor memandangkan model telah tersedia, lukisan juga telah tersedia di dalam model dan kontraktor hanya perlu mengeluarkan lukisan tersebut kepada LSB.
22,080 points 15 51 134
selected by
...