search
Log In
5 votes
32 views

PROJEK JALAN (KONVENSIONAL)

Merujuk kepada SA KPKR BIL 16/2020 - item 2.1 dinyatakan berkenaan isu penyediaan dan penyerahan lukisan siap bina (LBS) yang mana telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) JKR Malaysia Bil 1/2020 bertarikh 6 Mac 2020. Mesyuarat BERSETUJU memberi kelulusan untuk membenarkan softcopy format AutoCAD atau format lain yang serasi (compatible) dengan skala 1: 100 lukisan pembinaan diberikan kepada kontraktor bagi tujuan penyediaan LSB.

Namun begitu, Surat Arahan KPKR Bil 16/2020 lebih cenderung merujuk kepada kerja bangunan (seperti mana tertera pada tajuk surat arahan tersebut). Apabila dibaca pada item 7.2 dalam SA KPKR Bil 16/2020, dinyatakan surat arahan tersebut perlulah dibaca bersekali dengan SA KPKR Bil 2/2011 (Bertajuk Garis Panduan Pengurusan Lukisan Siap Bina) dan surat-surat arahan lain yang berkaitan yang sedang berkuatkuasa.

Disini agak mengelirukan, adakah bagi projek infrastruktur seperti jalan,jambatan, jeti,lapangan terbang dan seumpamanya tidak dibenarkan penyerahan sebarang dokumen dalam format autoCAD kepada kontraktor?

Dalam SA KPKR Bil 2/2011, Item 3.1 skop LSB untuk penyelenggaraan iaitu bangunan dan infrastruktur terlibat sama.

Mohon pandangan daripada semua, adakah boleh SA KPKR Bil 6/2020 ini digunapakai bagi projek infrastruktur jalan juga? Tujuan utama tidak lain, tidak bukan hanya untuk mempercepatkan proses kerja @ pemudahcara ditapak bina disamping memastikan projek dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Sekian, Terima Kasih.

in Fixed Asset (Tak Alih) 370 points 1 3 5

Please log in or register to answer this question.

...