Sehingga kini, dilihat, belum ada sebarang penetapan bagi projek PAP yang telah didaftarkan untuk melalui proses semakan semula rekabentuk. Walau bagaimanapun, perkara ini wajar dilaksanakan walaupun tiada penetapan yang khusus.
Bagi rekabentuk PAP yang telah digunakan dalam sesebuah pembinaan, pihak SO merupakan pihak yang selayaknya memaklumkan sebarang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan, lanjutan daripada peranan mereka dalam sesuatu projek.
Ini patut dijadikan amalan memandangkan pemilihan rekabentuk PAP oleh agensi kerajaan adalah mandatori . Oleh itu sebarang percanggahan perlu diminimakan dan secara tidak langsung, masalah yang melibatkan rekabentuk dalam pelaksanaan projek menggunakan rekabentuk PAP dapat ditangani.