search
Log In
4 votes
33 views
Adakah terdapat penetapan bahawa lukisan PAP yang didaftarkan perlu melalui proses semakan semula rekabentuk selepas beberapa tempoh pendaftaran?

Pejabat rekabentuk sejak kebelakangan ini menerima lukisan pembinaan yang tidak dikemaskini mengikut teknologi terkini yang besesuaian dengan teknologi yang digunapakai oleh PBT. Perkara ini boleh menyebabkan perubahan rekabentuk dan pertambahan kos projek. STK.
in Scope Management 190 points 4

2 Answers

1 vote
 
Best answer

Buat masa ini tiada penetapan tentang proses semakan semula reka bentuk terhadap lukisan PAP selepas pendaftaran. 

Untuk makluman, bahagian saya selaku urus setia PAP JKR telah menyediakan saluran untuk memberikan maklum balas berkaitan apa jua isu berkaitan reka bentuk PAP seperti di pautan di bawah:-

https://forms.gle/Sb6NoRoabgPnCgoY9

Setiap maklum balas akan kami pantau dan penyelarasan akan dilaksanakan bersama perekabentuk yang terlibat untuk pengemaskinian reka bentuk.

35,580 points 16 58 150
selected by
3 votes
Tiada penetapan proses semakan semula lukisan PAP selepas didaftarkan buat masa ini. Cuma ia perlu dikemaskini mengikut perkembangan teknologi semasa dan keperluan terkini dari PBT.

Semakan ini merupakan inisiatif sendiri pejabat rekabentuk untuk membuat semakan ke atas lukisan PAP.
27,340 points 38 98 205
edited by
...