search
Log In
4 votes
22 views

‘Value At Entry (VAE)’ adalah inisiatif ke arah memastikan projek yang dilaksanakan dapat disiapkan dalam tempoh masa, kos ditetapkan dan seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti memenuhi ekspektasi pelanggan. 

Atas kertas inisiatif VAE mudah direncanakan tetapi pelaksanaan akan melalui sedikit cabaran. Walaupun begitu, langkah-langkah proaktif dan tangkas diperlukan dalam merealisasikan keberhasilan VAE khususnya membentuk solusi dan mitigasi secara total.

Persoalan: 

  1. Berapakah peratusan (%) projek-projek yang menghadapi masalah PBT, Skop, Peruntukan, KM, NOC dan lain-lain isu/masalah diperingkat permulaan projek termasuklah dengan pelanggan?
  2. Berapa peratuskah projek yang telah berjaya disiapkan mengikut tempoh masa dan kos ditetapkan yang tiada isu/masalah VAE atau item (i) di atas?
  3. Berapa peratus pula projek yang ada isu/masalah VAE tetapi dapat disiapkan dalam tempoh masa dan kos ditetapkan dalam kontrak?
  4. Apakah algorithm yang diterapkan dalam VAE?
  5. Adakah keseluruhan dokumen-dokumen inisiatif VAE mematuhi Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 : Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan?
  6. Adakah Inisiatif VAE telah melalui proses ‘pilot study’ bertujuan memastikan impak yang menyeluruh? Boleh kongsikan critical factor yang menjadi independent & dependent variable?

Mohon perkongsian untuk manfaat bersama.

in Value Management 2,990 points 17 28 52
edited by

Please log in or register to answer this question.

...