search
Log In
3 votes
22 views

Pengurusan Risiko di JKR terbahagi kepada dua (2) seksyen, iaitu:-

  1. Pengurusan Risiko Jabatan (ERM) JKR – dibawah skop CDPK yang menguruskan hal-hal perkaitan risiko berpandukan kepada dokumen Pelan Strategik dan Pelan Bisnes 2021-2025;
  2. Pengurusan Risiko Projek JKR – dibawah CPAB yang menguruskan perkaitan risiko dalam pelaksanaan projek kerajaan sahaja

Prinsipnya, dalam pengurusan bencana di JKR skop ini lebih menjurus kepada Bilik Gerakan Bencana (BIGBen) JKR dibawah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

Siapakah yang terlibat secara terus dalam mengendalikan Dasar Pengurangan Risiko Bencara Negara (Dasar PRBN) dan apakah skop dikhususkan kepada JKR Malaysia?

in Risk Management 3,030 points 17 29 53
edited by

1 Answer

4 votes
Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara (Dasar DRR) adalah berteraskan kepada Sendai Framework sepertimana yang telah digazetkan oleh UNDRR (United Nations Disaster Risk Reduction). Di Malaysia, Pengurusan Bencana adalah diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri. Merujuk kepada Arahan No. 20 MKN Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, peranan dan skop yang dikhususkan kepada JKR adalah menerajui kumpulan kerja sokongan logistik semasa operasi bencana dan juga membaikpulih infrastruktur awam selepas bencana. JKR juga adalah merupakan anggota di dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Tanggungjawab JKR merujuk kepada Arahan No. 20 MKN adalah :-

1. Menyediakan loji-loji, kenderaan dan tenaga kerja untuk kerja-kerja seperti
penyelenggaraan tempat kejadian Bencana dan pengangkutan.
2. Menyediakan tempat berlindung sementara seperti kanopi atau khemah.
3. Membekalkan air dan menaikkan tekanan air di kawasan yang memerlukannya
(di mana bekalan air adalah di bawah jagaan JKR/Jabatan Bekalan Air (JBA)).
4. Menyediakan perkhidmatan teknikal dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan
forensik, geoteknik, struktur dan lain-lain seperti kejadian tanah runtuh dan
kegagalan struktur bangunan atau tanah.
5. Melaksanakan penilaian kerosakan infrastruktur awam akibat Bencana.
4,940 points 4 14 44
1
Terima Kasih atas perkongsian.

Persoalannya....Siapakah yang akan menguruskan Dasar PRBN di dalam JKR?
0
Terbaik soalan tu Dr., seharusnya perkara ini dilihat di peringkat pengurusan atasan supaya peranan dan fungsi JKR terus relevan bukan sahaja sebagai agensi teknikal bahkan berperanan penting dalam pengurusan bencana negara.
...