Saya ingin menambah sedikit maklumat. Garis panduan yang boleh dirujuk bagi kerja-kerja pengumpulan data, pendaftaran & pelabelan Aset Tak Alih dalam skop projek ialah Garis Panduan Pengumpulan Data Dan Pelabelan Aset Tak Alih (PeDATA) melalui SAKPKR Bil.8/ 2017 bertarikh 30 Mac 2017. Manakala surat arahan yang perlu dirujuk bersama garis panduan adalah SAKPKR bil.09/2020 bertarikh 11 Mac 2020 berkaitan penyediaan butiran di bawah wang peruntukan sementara dan spesifikasi addendum untuk Pendaftaran data dan Pelabelan Aset Tak Alih bagi projek bangunan Kerajaan. Diharapkan jawapan ini dapat membantu.