search
Log In
4 votes
32 views
Apakah garis panduan yang digunakan untuk pendaftaran dan penyediaan Sistem Kod Aset Tak Alih - SKATA dalam pembinaan projek bangunan baharu?
in Fixed Asset (Tak Alih) 190 points 3

2 Answers

4 votes
 
Best answer

Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2018, Sistem Kod Aset Tak Alih (SKATA) versi 2.0 yang bertarikh 9 April, 2018 adalah pekeliling yang berkaitan sebagai rujukan tuan/puan dalam pendaftaran dan penyediaan pembinaan projek bangunan baharu. Garis panduan ini boleh didapati dan dimuat turun melalui capaian di portal https://jpak.jkr.gov.my.  Jika  masih tidak diperolehi, saya boleh menyerahkan garis panduan ini secara email dan sila hubungi saya di talian 013-9612730 atau tuan/puan boleh menghubungi Unit yang bertanggungjawab iaitu Unit Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Tel: 03-26107562, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), CPAB JKR Malaysia.

1,530 points 1 4 13
1

Terima kasih Dr @Adzizulrohim atas perkongsian yes

4 votes
Saya ingin menambah sedikit maklumat. Garis panduan yang boleh dirujuk bagi  kerja-kerja pengumpulan data, pendaftaran & pelabelan Aset Tak Alih dalam skop projek ialah Garis Panduan Pengumpulan Data Dan Pelabelan Aset Tak Alih (PeDATA) melalui SAKPKR Bil.8/ 2017 bertarikh 30 Mac 2017. Manakala surat arahan yang perlu dirujuk bersama garis panduan adalah SAKPKR  bil.09/2020 bertarikh 11 Mac 2020 berkaitan penyediaan butiran di bawah wang peruntukan sementara dan spesifikasi addendum untuk Pendaftaran data dan Pelabelan Aset Tak Alih bagi projek bangunan Kerajaan. Diharapkan jawapan ini dapat membantu.
240 points 1 1 4
2

Terima kasih @IrDrAFirdauz atas maklumbalas dan perkongsian yes

...