Pada pendapat saya, Penggunaan Portal JCoP perlu dijadikan sebagai salah satu Program Latihan JKR di bawah skop komunikasi sebagai peningkatan kemahiran dan kompetensi pegawai secara QnA di antara pegawai-pegawai JKR dan Pakar.
Komunikasi yang diterjemahkan melalui portal JCoP ini adalah untuk mentafsirkan seseorang kakitangan itu berupaya untuk sentiasa meneliti setiap perkara dan isu yang dibangkitkan. Meskipun dikongsikan soalan-soalan yang 'biasa' tapi tujuan utama komunikasi itu yang menjadikannya 'luar biasa'. Pesan ibubapa kita dahulu 'tak tahu tanya, kalau tak nanti sesat jalan'.