search
Log In
7 votes
70 views
Bagaimana JKR memastikan pihak perunding yang dilantik oleh pihak kontraktor melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara professional di dalam projek reka dan bina?
in Quality Management 300 points 2 6

1 Answer

5 votes
 
Best answer
Kontrak Reka dan Bina adalah merupakan kontrak perjanjian sesuatu projek di antara pihak Kerajaan (JKR) dengan Kontraktor. Disini kontraktor utama adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembinaan yang dilaksanakan berdasarkan kepada rekabentuk yang dibuat oleh perunding yang dilantik olehnya melalui perjanjian MOA (Memorandum of Agreement). Seharusnya sebarang teguran berkaitan rekabentuk kepada perunding boleh dibuat melalui kontraktor utama. Walau bagaimanapun, bagi memastikan pihak perunding yang dilantik mematuhi segala keperluan rekabentuk dan lukisan sepertimana di dalam Need Statement, pihak JKR (HODT) akan menyemak proposal rekabentuk yang dikemukakan oleh Kontraktor Reka & Bina dan mengeluarkan NCR ke atas ketidakpatuhan mana - mana klausa di dalam Need Statement. Seterusnya semua item di dalam NCR ini perlulah dipersetujui oleh pihak Kontraktor Reka & Bina. Kontraktor Reka & Bina akan mengemukakan rekabentuk dan lukisan yang lengkap kepada HODT semula sebelum dokumen - dokumen tersebut di jilidkan di dalam Dokumen Kontrak mengikut volume masing - masing.
7,430 points 4 20 58
selected by
...