search
Log In
4 votes
16 views

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memperkenalkan Garis Panduan Pekerjaan Keselamatan dan Kesihatan dalam Industri Pembinaan (Pengurusan) OSHCIM pada tahun 2017 yang bertujuan menambah baik amalan KKP dalam pembinaan dengan menggalakkan pihak berkaitan mengenal pasti dan kemudian menghapuskan atau mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja yang boleh dijangka lebih awal semasa peringkat reka bentuk projek. 

Garis panduan ini dibangunkan berdasarkan kepada konsep Prevention through Design (PtD) Amerika Syarikat dan Construction Design Management (CDM) UK, dan juga keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994. Seharusnya setiap HODT perlu menggunakan garis panduan ini semasa melaksanakan proses merekabentuk sesuatu pembinaan.

in Risk Management 7,430 points 4 20 58
edited by

1 Answer

0 votes
Apa yang saya lihat, pelan pelaksanaan pelaksanaan pengurusan risiko ini adalah hampir sama dgn pelaksanaan OSCHIM dimana pegawai perlu membuat daftar risk di setiap fasa dari peancangan sehingga pembinaan.

Sekian, terima kasih
29,460 points 39 103 218
0
Konsep hampir sama tapi berbeza kerana daftar risiko di dalam pelan pengurusan risiko hanya meliputi 16 kategori risiko projek yang telah ditetapkan manakala OSHCIM pula menekankan kepada konsep pengenalpastian hazard semasa proses 'design review' rekabentuk yg dihasilkan. Hazard - hazard ini perlu direkodkan dan diuruskan di dalam borang DRRULE-1, DRRULE-2 dan DRRULE-3
...