search
Log In
2 votes
22 views
Apakah cabarannya? Apakah yang dimaksudkan dengan Perjanjian Paris?
in Assets & Facilities Management 19,280 points 21 43 138

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Terdapat 3 perkara utama dalam Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM) iaitu menangani kos, cabaran data dan kesan kepada alam sekitar. Dalam perkara yang ketiga iaitu kesan kepada alam sekitar, pihak pengurusan JKR telah mengambil tindakan sewajarnya melalui arahan KPKR Bil.02/2020 bertarikh 17 Januari 2020 iaitu 'Pelaksanaan Penarafan Hijau Bagi Projek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)'. Penarafan hijau adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan pembangunan ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar semasa kitaran hayat bangunan serta memastikan reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelengaraan yang lebih baik.

Cabaran kesan alam sekitar yang dihadapi  diperingkat organisasi, negara dan dunia adalah sama iaitu dalam memerangi perubahan iklim dunia. Oleh itu, Penjanjian Paris 2015 adalah salah satu inisiatif dunia dalam penjagaan alam sekitar. Antara usaha perjanjian ini adalah untuk menjadikan pembiayaan konsisten dengan jalan ke arah pelepasan gas rumah hijau yang rendah, mengurangkan peningkatan suhu purata global dan meningkatkan kemampuan tanpa mengancam pengeluaran makanan.

Terima kasih.

ASET NEGARA AMANAH BERSAMA

1,410 points 1 4 11
selected by
0
terima kasih tuan di atas perkongsian...
...